Peristiwa Tugu Peringatan Perang Sungai Kelamah

Pertempuran Jambatan Gemencheh adalah satu pertempuran di antara askar-askar Australia dengan askar Jepun semasa Perang Dunia II. Semasa Pertempuran Malaya, satu pertempuran sengit telah berlaku di antara pasukan Tentera Australia dari Batalion 2/30 Infantri Australia dari Divisyen Ke-8 Australia dan pasukan tentera Jepun di jambatan Gemencheh berhampiran Gemas. Pertempuran ini adalah pertama kalinya askar Australia bertembung dengan askar-askar Jepun. Kini jambatan tersebut dinamakan sebagai Jambatan Sungai Kelamah.